Thursday, August 16, 2007

Raja Petra sudah PASTI tempatnya di neraka

Kemarahan Raja Petra kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib kerana melaporkan tindak tanduknya kepada polis berkenaan dengan tindakannya yang merendah-rendahkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak main-main, sehingga beliau mengatakan akan jumpa Tan Sri Muhammad di neraka.

Di manakah neraka itu? Neraka adalah nama tempat yang disediakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk orang-orang yang kafir, munafiq dan orang-orang yang melakukan perkara mungkar selama hidup di dunia. Neraka juga memiliki beberapa nama, seperti jahannam, jahim, saqar, lazha, huthamah dan lain-lain, yang kesemuanya itu adalah tempat manusia menerima hukuman akibat perbuatannya selama di dunia. Percaya kepada wujudnya neraka ini termasuk ke dalam bahagian rukun iman.
Banyak sekali firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menceritakan perihal neraka ini, di antaranya ialah sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran, surah al-Tahrim, ayat 6, yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang kayunya ialah manusia dan batu, di situ ada malikat-malaikat yang bengis dan bersikap kasar, mereka tidak mendurhakai Tuhan mengenai apa yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka (malaikat-malaikat) itu melaksanakan apa-apa yang diperintahkan kepada mereka."

Demikian juga firman-Nya yang termaktub dalam surah al-Lail, ayat 14-16, bermaksud:
"Maka Aku memperingatkan kamu dengan api yang bernyala-nyala. Tidak akan masuk ke dalamnya melainkan orang-orang yang jahat, yang mendustakan kebenaran dan yang membelakanginya."

Selain itu ayat-ayat menyentuh masalah neraka ini dapat dilihat dalam surah Maryam, ayat 71-72; surah al-Muddtatstsir, ayat 26-28; surah al-Humazah, ayat 4-8; surah al-Kahfi, ayat 29; surah al-Nisa', ayat 56; surah Fathir, ayat 36-37; surah al-Mukminun, ayat 103-108 dan surah al-Zukhruf, ayat 74-77.
Selain itu terdapat pula beberapa sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkenaan dengan neraka serta keadaannya, di antaranya ialah sabda baginda yang bermaksud:
"Api kamu (di dunia) ini adalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian api neraka jahannam." Para sahabat mengatakan: "(Api) yang ini pun sudah mencukupi panasnya. Berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam: "Bahkan api neraka itu melebihinya (api di dunia ini) sebanyak enam puluh sembilan kali, setiap bahagiannya sama panasnya."
Demikianlah neraka, yang dikatakan oleh Raja Petra sebagai tempat berjumpa dengan Tan Sri Muhammad. Semuanya itu wajib dipercayai oleh orang-orang yang beriman, mengingkari keterangan-keterangan al-Quran dan al-Sunnah berkenaan dengan neraka ini bererti tidak percaya kepada perkara yang ghaib dan tidak percaya kepada kitab-kitab Allah, jika tidak percaya kepada kitab-kitab-Nya, bermakna tidak percaya kepada-Nya. Orang yang tidak beriman bermakna kafir.

Orang beriman tidak akan bermain-main dengan ucapan neraka yang amat digeruni ini, bahkan setiap selesai menunaikan solat kita akan mengucapkan: "Rabbana Atina fi al-Dunya Hasanatan, wa Fi al-Akhirati Hasanatan, wa Qina 'Azab al-Nar." Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari seksa neraka. Mengatakan jumpa di neraka seolah-oleh meringan-ringankan neraka yang disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam beberapa firman-Nya. Atau Raja Petra yang mengatakan hendak berjumpa di neraka dengan Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib mungkin tidak sedar ucapannya, atau bolehjadi ucapan itu timbul disebabkan dua kemungkinan, iaitu:

1. Dia tidak percaya akan kewujudan neraka itu.
2. Dia yakin bahawa dia conform akan masuk neraka.

Apabila saya bertanya kepada Tan Sri Muhammad berkenaan dengan perkara ini, beliau menjawab: "Biarlah dia tunggu saya di neraka tu, saya sendiri sentiasa minta dijauhkan Allah Subhanahu wa Ta'ala daripadanya...!" kata beliau.

1 comment:

Anonymous said...

tutup je lah blog ko nie...org mcm ko nie yg nak terus hidup dgn kerajaan BN...kerajaan yg nak org ramai mati...bodoh...ptuih ptuih!!! ko nie mmg jenis yg tak kisah hartanya di rampas....ko boleh buat bodo jerk, ko tengok jerk org tu rampas harta ko...sbb ko tak kisah aka bengong