Sunday, September 2, 2007

RAJA PETRA PERLU DI TAHAN BAWAH ISA

Jika kita amati dengan teliti, kita dapat merasakan ada pihak yang sedang cuba membakar api perkauman dan ada pihak yang cuba melagakan bangsa Melayu dan bangsa – bangsa asing kerana tidak senang dengan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Kumpulan ini sedang bergerak aktif dari dalam negeri dengan menggunakan landasan laman – laman web luar negara dan yang berdaftar di luar negara.

Tidak dinafikan juga ada kemungkinan besar sendikit ini di dalangi oleh parti politik pembangkang yang tidak senang dengan keharmonian dan kesetabilan politik yang dipimpin oleh Barisan Nasional yang telah berjaya menyatukan semua kaum hidup dengan aman damai dan harmoni.

Gerakan yang jelas dan bukti yang dapat kita lihat adalah gerakan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam laman web nya Malaysia – today yang banyak membakar isu-isu perkauman umpamanya membangkitkan kembali isu 13 Mei.

Laman in juga menggalakkan komen-komen isu perkauman dan dengan Raja Petra sendiri membakar pembaca nya untuk menyemarakkan isu-isu perkauman.

Penghinaan terhadap raja kita dan agama kita jelas membuktikan Raja Petra adalah batu api yang besar untuk mencetuskan satu pergolakkan yang kurang baik bagi masyarakat kita di Malaysia.

Mungkin ini cara terbaik bagi mereka untuk mencetuskan rusuhan perkauman agar mereka dapat mengengkang pertumbuhan ekonomi kepada pelabur asing agar tidak melabur di Malaysia dan melemahkan ekonomi negara kita.

Dengan haru biru yang dibayangkan dalam laman – laman web dan blog-blog bagi membayangkan bahawa politik kita tidak stabil dan mengakibatkan pelabur takut untuk melabur di negara kita.

Raja Petra juga mahu membuktikan bahawa dia kebal dan tidak boleh disentuh namun beliau juga lupa bahawa beliau adalah manusia biasa yang hidup dalam undang-undang yang di cipta oleh manusia dan bukannya undang-undang ciptaan Allah SWA yang boleh dirubah oleh manusia juga.

Gejala ini perlu ditangani yang mana ianya kini hampir dapat mempengaruhi rakyat Malaysia dan selagi Raja Petra tidak ditahan dan disimpan atas akta ISA, maka lebih ramai rakyat yang biadab akan lahir seperti Namwee yang manghina lagu kebangsaan kita menjelang kita menyambut kemerdekaan dan kini sebuah laman web yang terang – terangan menghina Melayu.

Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara begini sebelum ianya menjadi barah yang tidak terkawal lagi.
INILAH LAMAN WEB YANG MENGHINA MELAYUKlik Sini

1 comment:

Anonymous said...

Rasuah Politik Pasca PRU-12?


Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.

Sila layari http://www.rembau.net