Monday, August 27, 2007

Hikayat Mat Jenin - Raja Petra Kamaruddin ?

Oleh : Ratnasari

Di lahirkan pada tahun 1950 dan merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (Kolej yang sama dengan Anwar Ibrahim) dan adalah merupakan seorang peniaga yang mendapat hak pengedaran motosikal dan juga pengedaran beras. Raja Petra Kamaruddin kini beralih dengan menjadi kepada pengendali sebuah blog politik yang condong kepada politik yang menentang kerajaan. Tidak kira siapa sahaja yang menjadi kerajaan akan ditentang oleh Raja Petra Kamaruddin.

Pada tahun 1973, dalam usia 23 tahun (muda sangat) , beliau telah berkahwin dengan Marina Lee Abdullah seoarang gadis berdarah kacukan Siam-China yang pada ketika itu berusia 18 tahun.Hasil dari perkahwinan itu Raja Petra Kamaruddin telah dikurniakan dengan 5 orang anak 2 orang cucu. Raja Petra Kamaruddin merasakan perniagaan yang sedang beliau lakukan ini amat menguntungkan kerana ada pihak-pihak yang memerlukan kemahiran yang ada pada Raja Petra Kamruddin ini bagi bergelut dalam arena politik Malaysia yang kini semakin kotor.RPK ( Raja Petra Kamaruddin ) adalah merupakan seorang manusia yang bijak mencari kesempatan dan mencari nilai -nilai harga yang boleh diperah bagi mencari keuntungan dan mendapat bayaran hampir 4 juta setahun.

Bagi RPK , perjuangan bukan satu yang penting dalam kehidupan beliau walaupun apa yang beliau tuliskan seharusnya berlandaskan perjuangan. Wang adalah segala-galanya, ada wang abang senang , tidak ada wang abang melayang. Beliau akan memberikan fokus kepada figure - figure yang boleh di jual dan yang boleh menarik minat pembaca.Anwar Ibrahim adalah fokus utama beliau , ketika mula -mula membuka blog dan hasil figure seperti Anwar ini telah banyak memberikan pendapatan yang lumayan kepada beliau.sila baca disiniApa yang akan jadi kepada Bangsa , Agama , Negara , bukanlah apa yang beliau pentingkan. Bagi beliau , jika negara mahu huru hara atau bangsa mahu hancur kerana apa yang beliau lakuakn , bukanlah satu yang penting baginya.

Beliau yang gemar kepada tulisan yang banyak menggunakan imginasi dan khayalan bagi meracun minda pembaca bagi meracun pemikiran pembaca yang tidak sedar akan penipuan yang mahu beliau selitkan agar pembaca menjadi hanyut dalam membaca tulisan beliau.Apabila Anwar tidak lagi popular dan tidak ada lagi nilai bacaan, RPK kemudian mencari arah yang lain dan mencari mangsa lain pula untuk di jadikan modal dan bahan untuk beliau menjana kewangan yang lumayan.

Khairy Jamaluddin adalah orang yang boleh dijual ketika ini. KJ adalah satu Brand yang popular dan on demand yang mana apa saja yang ditulis oleh sesiapa sahaja mengenai Khairy Jamaluddin (KJ) akan terjual.Jika tidak tidak mungkin buku khairy telah diterbitkan sebanyak 25 buah dalam jangka masa yang singkat. Antara penulis yang menulis mengenai KJ ialah RPK.RPK telah banyak mengaut keuntungan di sini dengan menjual cerita KJ .

Hari ini semakin ramai yang telah mula dapat menghidu akan arah tujuan RPK. Ramai juga yang telah mula sangsi dengan apa yang ditulis oleh RPK. Insyaalah kita akan terus mengupas tentang RPK dilaman ini , minggu demi minggu agar semua orang akan mengenali siapakah RPK ini.

1 comment:

Anonymous said...

masa dia tengah lompat tu, kau sula jer jubbo dia... baru dia tau.... cilanat punya orang