Thursday, August 16, 2007

RPK MEMANG PETUALANG, PENGKIANAT DAN PEMBELOT

Pengkianat, petualang dan pembelot, itulah antara gelaran yang sememangnya bersesuaian untuk diberikan kepada pengendali blog Malaysiatoday.net, Raja Petra Kamaruddin (RPK) atas apa yang dilakukannya selama ini.

RPK yang sebelum ini begitu lantang memperjuangan kebebasan dan tidak lengkang dengan artikel penipunnya dilihat semakin ghairah menulis isu-isu yang mampu menimbulkan kemarahan pihak-pihak tertentu dan seterusnya mencetuskan ketengan antara dua kaum.
Malah Raja Petra yang kini tanpa pekerjaan tetap, tanpa segan silu mempersendakan Yang DiPertuan Angung, institusi raja dan juga agama Islam sepertimana yang dilaporankan dalam Malaysiatoday. Net baru-baru ini.

Bertitik tolak dari tulisannya di laman web Malaysia Today kerana menyiarkan komen sensitif berhubung isu kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, keagamaan dan perkauman itulah, dia telah ditahan oleh polis untuk disoal siasat di Balai Polis Dang Wangi dan kemudiannya, di bebaskan beberapa kemudiannya.

Jika diteliti, tulisan-tulisannya di laman web Malaysia Today itu jelas memperlihatkan bahawa apa yang diperjuangkan oleh Raja Petra itu adalah idealogi barat yang nyata bertentangan dengan perlembanggan negara ini dan sekaligus mempunyai muslihat yang terselindung.
Pengakuan dari pihak-pihak tertentu sedikit masa lalu yang secara terang-terangan mengaku yang mereka telah `sponser’ bloggers di negara ini sebanyak RM100.000 sebulan atas alasan semata-mata untuk memberi ruang kepada hak pembebasan bersuara menjadi bukti bahawa penulis yang berdarah raja itu adalah orang yang diupah.

Kalau tidak masakan,dia sanggup menyebarkan pembohongan melampau semata-mata untuk menyebarkan kebencian terhadap pemimpin, agama dan bangsa. Dan, inilah yang selalunya dilakukan oleh negara-negara barat dalam misi mereka untuk menjajah.

Dan, sebaik sahaja dibebaskan dari disoal diasat tempoh hari, dengan angkuh Raja Petra membuat kenyataan kepada pihak akhbar yang dia tidak tertakluk kepada undang- undang di Malaysia, kerana blognya didaftarkan diluar Negara.

Sudah terang lagikan bersuluh! Dari bukti-bukti itu jelas menceritakan siapa sebenarnya anak raja penyangak itu. Tak kanlah orang yang mengaku berdarah raja sanggup menghina keturunannya sendiri…

Sungguh rendah sekali maruah Raja Petra, sanggup menjadi pengkianat, petualang, pembelok hanya kerana untuk mempertahankan seorang kawan. Dia sanggup menghancurkan negara dan bangsanya sendiri hanya kerana RM100,000 sebulan…

No comments: